Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014


 





1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

sumber : amekaw.com

Klinik guna siput rawat muka
Sanggupkah anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan? Di Tokyo Jepun ada.

Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun. Wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

LIHAT VIDEO :


Pekerja klinik kecantikan, Manami Takamura berkata, tiga ekor siput hidup akan diletakkan di muka para pelanggan bagi menjalani rawatan kecantikan.

“Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit,” katanya.

Katanya lagi, cara ini juga mampu memberi pelanggan 100 peratus inti pati siput dengan sentuhan secara langsung terus kepada kulit pelanggan selama satu jam.

Pelanggan Sayaka Ito berkata, rawatan ini amat santai sehingga membuatkannya hampir tertidur.

“Anda boleh rasakan siput bergerak ke seluruh muka. Pada mulanya ia agak mengejutkan tetapi rawatan ini benar-benar berkesan.

"Kini kulit muka saya juga lebih licin dan lebih lembab,” ujarnya.
 
sumber: dairishare

Sunday, 9 February 2014

Tidur merupakan aktivitas rutin yang dilakukan oleh setiap orang setiap malam hari. Banyak sekali manfaat yang dapat kita peroleh dari tidur di malam hari hari tersebut. Beberapa manfaat tidur malam tetsebut yaitu dapat mengistirahatkan fisik dan pikiran kita setelah seharian beraktivitas yang terbilang padat. Ada sebagian orang yang tidur dengan lampu menyala dan ada pula yang tidur dengan lampu mati. Lalu, adakah bahaya dari tidur dengan lampu menyala bagi kesehatan tubuh anda...???

Sahabat, tips kesehatan. Tidur dengan lampu menyala memiliki dampak yang tidak baik untuk kesehatan tubuh anda. Ini dikarenakan, tidur dengan lampu menyala akan menurunkan kekebalan tubuh anda. Sehingga akan rentan terkena serangan berbagai penyakit. Tips kesehatan kali ini akan mengetengahkan sebuah artikel tentang berbagai bahaya dari tidur dengan lampu menyala, Sahabat, tips kesehatan. Inilah bahaya dari tidur dengan lampu menyala :

  1. Tidur dengan lampu menyala akan menghambat produksi hormon melatonin dalam tubuh anda. Hormon melatonin adalah hormon yang berkaitan dengan kekebalan tubuh anda. Sehingga sangat dianjurkan untuk mematikan lampu saat tidur agar hormon melatonin dapat berproduksi di tubuh anda. Hormon melatonin ini dapat mencegah berbagai penyakit dalam tubuh anda termasuk kanker payudara maupun kanker prostat.
  2. Tidur dengan lampu menyala akan merangsang pembentukan sel kanker. Oleh karena itulah, mematikan lampu saat tidur di malam hari merupakan solusi paling mudah untuk mencegah penyakit kanker tersebut.
  3. Tidak menyalakan lampu saat terjaga di malam hari juga sangat di anjurkan. Ini dikarenakan, paparan jangka pendek dari lampu menyala tersebut dapat meningkatkan resiko penyakit kanker.
    Demikianlah tips kesehatan yang membahas berbagai bahaya tidur dengan lampu menyala di malam hari. Semoga dapat bermanfaat lebih bagi pembaca sekalian.

Friday, 7 February 2014

Bahaya! Bersukan Waktu Malam Mengundang Maut? | Sukan futsal antara sukan yang boleh dianggap popular pada masa kini. Pusat permainan sukan futsal ini juga tumbuh bagai cendawan, dan sangat mudah untuk mencari di setiap kawasan. Tidak kira futsal, badminton atau yang sewaktunya turut menjadi pilihan. Namun jika diperhatikan ramai golongan muda menghabiskan masa bersukan pada waktu malam selepas tamatnya syif kerja. Persoalannya, mengapakah ia dianggap bahaya?
 
futsal-court-batu-maung-penang 

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’. Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
km_bahaya_sukan_malam1 



Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat. Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan. “Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung. “Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya kepada Kosmo!.

Thursday, 6 February 2014


Beberapa kajian di luar negara (sayangnya, kenapa belum di kaji di Malaysia ya?), membuktikan bahawa madu lebah dapat menggantikan antibiotik moden yang kita gunakan sekarang.

Kajian selama tiga tahun di sebuah University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati, madu lebah dapat menyembuhkan luka yang gagal di ubati dengan antibiotik moden. Dalam kajian ini, serama 59 orang responden terlibat.Mereka mengalami luka dan nanah, diberikan madu lebah. Daripada 59 orang responden, 58 responden telah menunjukkan hasil yang positif, iaitu sembuh daripada luka dengan sempurna.

Saya cuba melakukan kajian melalui pembacaan (literature review), dan menemui satu artikel di dalam jurnal Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB) yang bertajuk ” How honey kills bacteria”. Di dalam kajian mereka, mereka menyatakan bahawa lebah akan menghasilkan sejenis protein, defensin-1 yang akan dirembeskan ke dalam madu. Protein ini lah yang membantu kesan antibiotik di dalam madu lebah!

Banyak lagi kajian-kajian lain yang dilakukan, sebab saya nampak banyak kertas-kertas kajian yang berkaitan. Namun, sebagai seorang Muslim, Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama bagi kami. Di dalam Al-Quran, lebah telah diceritakan di dalam satu surah, iaitu surah An-Nahlu (Lebah). Allah berfirman “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia,” Surah An-Nahlu, Ayat 69. Subhanallah!

Madu lebah yang berkhasiat dan menyembuhkan!

Pembacaan saya di dalam buku Perubatan Islam dan bukti sains moden, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, menemui satu lagi khasiat madu lebah, iaitu, menyembuh kulit yang terbakar atau melecur! Hebatkan ciaptaanNYA?

Tuesday, 4 February 2014

 

Pokok ini bukan tumbuhan yang berasal Malaysia, tetapi kini terdapat menghidup liar. Ia dipercayai dibawa masuk ke Malaysia dari India Barat. Jenis ini mudah hidup dan boleh tahan cahaya matahari, jika dibandingkan dengan jenis-jenis pokok Batang Bisu yang lain. Daunnya berwarna hijau tua dengan berada tompok-tompok putih. 





Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok. Sumber : medlineplus

 
Bidah menunjukkan MyKad yang menunjukkan umurnya melebihi 103 tahun.
  
BACHOK – Masih sihat. Begitulah keadaan seorang warga emas yang berusia lebih 100 tahun dari Kampung Wakaf Aik, Tawang di sini.

Bidah Senik, atau lebih mesra dipanggil Wo, lahir pada 11 Oktober 1911, dan kini umurnya melebihi 103 tahun.

Menurutnya, ketika sebelum merdeka pendaftaran kelahiran sukar dilakukan dengan pelbagai faktor termasuk penempatan yang jauh dan kemudahan kenderaan.

Bidah berkata, kesihatan yang dikecapnya kini mungkin kerana mengamalkan makan sireh setiap hari yang menjadi makanan rutinnya sejak remaja lagi.

“Tiada petua tertentu yang Wo amalkan kecuali bangun awal pagi dan makan 10 helai sireh setiap hari.

“Selain itu, setiap pagi Wo akan bangun sebelum subuh dan membersihkan sekeliling rumah sebagai rutin harian,” katanya.

Bidah berkata, setiap hari dia tidak akan berenggang dengan tapak sireh warisan keluarganya dan peralatan yang dikenali sebagai ‘cekati’ dan ‘gobek’ yang digunakan untuk menghancurkan sireh pinang.

“Alhamdulillah setakat ini mata dan telinga Wo masih baik. Tidak ada sakit kronik dan demam pun jarang.

“Cuma banyak perkara yang Wo tak ingat. Cucu cicit sendiri pun kadang- kadang tak kenal. Tetapi Wo ingat, negeri ini pernah dilanda banjir besar dipanggil Bah Merah sekitar tahun 1926 ketika itu Wo masih remaja, selain pengalaman zaman pendudukan Jepun,” katanya yang dikurniakan lapan orang anak hasil dua perkahwinan lalu.

Anak-anaknya, Yusof Wan Lah, 70; Saadiah Salleh, 68; Che Ibrahim Salleh, 67; Awang Salleh, 64; Che Mah Salleh, 62; Mat Diah Salleh, 57; Abdullah Salleh, 56, dan Che Esah Salleh, 53.

Wo juga mempunyai 60 cucu, 100 cicit, 30 piut dan lima piat yang kebanyakannya menetap di Kelantan.

Sementara itu, anak keenamnya, Abdullah berkata, dia menganggap usia ibunya panjang kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan ia adalah kurniaan ALLAH SWT.

Monday, 3 February 2014


KALAU tak sanggup menjadi seorang pemakan sayur sepanjang hayat, biarlah berpada-pada dalam memilih menu makanan. Lebih-lebih lagi, kalau ia melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Pada awal bulan lalu, pegawai kerajaan China telah bertindak untuk menutup restoran-restoran yang menghidangkan hidangan ayam yang digigit oleh ular beracun.

Sajian makanan itu yang disediakan di beberapa buah restoran di Guangdong dan Chongqing, dikatakan bertoksik. Namun, bukan isu itu yang menimbulkan kekecohan di media massa dan laman blog. Cara penyediaannya yang cukup ngeri dan tidak bertimbang rasa, menyebabkan sesetengah orang berasa ia tidak boleh diterima akal.

Video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan bagaimana seorang tukang masak yang memegang seekor ular memaksanya mengigit berulang kali dan menyalurkan racun kepada seekor ayam hidup. Setelah hampir seminggu isu ini diuar-uarkan dan diperbesarkan oleh para pencinta haiwan, akhirnya, satu kata putus diambil agar kekejaman ini dihentikan dengan segera.

"Cukup keji dan zalim," tulis satu mesej yang dihantar dalam sebuah portal. "Ia bukan sahaja satu perbuatan ganas dengan membiarkan ular menghisap darah ayam, tetapi ia tidak bermoral," nyata sebuah akhbar di negara itu.

"Meskipun tidak ada sesiapa yang terkena keracunan makanan, ia bukanlah satu langkah yang bijak untuk 'menyembelih' haiwan di atas meja," kata seorang pegawai kesihatan.

Ada juga suara-suara yang menyatakan sebaliknya tentang hidangan makanannya yang lazat. Terlebih dahulu, pegawai kesihatan telah mengarahkan pemilik restoran terlibat supaya berhenti menghidangkan menu tersebut.

Berita ini tidaklah datang secara mengejut kerana benua besar itu telah lama merekodkan sejarah sajian eksotik sehingga menerima tentangan dan kutukan daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah menyediakan sajian otak monyet yang masih hidup, musang, sup fetus rusa dan sebagainya.


SEORANG pekerja restoran memegang seekor ular untuk menggigit seekor ayam sehingga mati di atas meja pelanggan di Guangdong, China.

Dalam pada itu, sebuah restoran di China mempertahankan praktis penyediaan makanan yang kontrovesi ini dengan mengatakan ia baik untuk kesihatan. Para pelanggannya tetap kembali semula untuk mencuba.

"Kami memasak makanan itu sejak bertahun-tahun dan pelanggan kami tidak pernah jemu," ujar seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Zheng di restoran Shunde Renjia di bandar Foshan, Guangdong.

"Ini adalah menu makanan kami yang paling laris," katanya.

Katanya lagi, sebaik makanan atau ayam itu dipanaskan, toksin ular itu akan bertukar menjadi enzim yang membantu untuk mengekalkan badan yang panas dan membersihkan saluran darah.

"Laporan televisyen menjelaskan ia sangat beracun tetapi kami masih ada pengunjung termasuk keluarga yang membawa anak-anaknya," ujarnya mempertahankan tindakan itu.

Ada pengkritik yang menggambarkan pelanggan sebagai seorang yang tidak bertamadun atau bersamaan dengan haiwan.

Tuesday, 28 January 2014

BAGI orang yang memahami hukum  FIZIK dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari AllahYang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi Tuhan.

Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy ni banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.

(ni antara dialog Beliau)

“Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman sehingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistimewaannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

Masjid Al-Aqsa

“Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu.Kemudian Allah perintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab dan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah,” katanya.

Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vaksin.

Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal (pineal gland) yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat dan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.

Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Ketika berada di sisi Kaabah perasaan akan segera berubah menjadi hening, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu adalah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. 

Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh mereropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

“Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.Sujud, dahi mencecah lantai masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu,” terangnya. 

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadat haji, rukunnya, sejarahnya, perkara yang dilarang semasa ihram dan penjagaan kesihatan ketika di Mekah. Mengapa tidak pernah ada ulama atau tokoh agama yang memberitahu apa rahsia di sebalik rukun haji itu. Hikmah-hikmah yang selalu di laung-laungkan tentang haji sudah terlalu biasa sangat. Haji dilihat sebagai satu pengorbanan, memerlukan kesabaran yang tinggi, persaudaraan, mengabdikan diri, melawan nafsu, dugaan, persamaan, perpaduan, kesu dan rohani, menghambakan diri dan satu cita-cita. Semua yang dijelaskan terlalu subjektif.

Ia sudah pasti dimulakan dengan niat. Nampak mudah tetapi besar impaknya pada keseluruhan ibadat. Niat di sini bukan saja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji. 

Apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati, ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah. Untuk mendapatkan haji yang mabrur bermula dari niat semasa di tanah air. Akuinya, memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar. Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalang tujuan mendapatkan haji yang mabrur.

Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut. Ibadat haji mempunyai hubungan yang sangat rapat antara manusia dengan tuhan. Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri. Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampung.

“Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada tuhan, rasa kerdil pada kebesaran Nya. Secara automatik akan menyebabkan kita lupa pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi. Pemusatan fikiran hanya kepada Allah tuhan yang satu, ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. Mengapa bermalam di Muzdalifah dan Mina menjadi satu perkara yang wajib sebelum melontar ketiga-tiga jamrah. Di sebalik semua itu ada tujuan apabila Allah menurunkan perintahnya. Menurut Prof Norhisham, wajib haji itu bertujuan mendapatkan cukup rehat bagi memulihkan tenaga sebe lum kembali semula ke Masjidilharam menunaikan tawaf dan sai.

Tidur di Mina untuk mendapatkan tenaga secukupnya sebelum tawaf

“Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang.

Pengaruh graviti itu penting untuk menentukan kedudukankan tulang belakang bagi menghasilkan sel darah. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk melakukan rukun haji yang berikutnya sebab itulah diwajibkan bermalam.

“Semasa tawaf nanti memerlukan tenaga yang banyak untuk mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Bila bermalam di Mina seolah-olah kita sudah dapat bateri baru untuk melakukan rukun yang lebih mencabar lagi,” jelasnya. Manakala mengenai tawaf pula memang banyak keistimewaannya. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Sebenarnya pusat bumi itu bukan sekadar untuk bumi saja tetapi ia seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa. Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.

Prof Norhisham turut menjelaskan pergerakan lawan jam di dalam jumlah tujuh pusingan. Katanya, semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Elektron mengelilingi nukles, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, darah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.

Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

“Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya,” terang Prof Norhisham.

Manakala di dalam menunaikan rukun haji, ada perkara yang dilarang semasa berihram seperti tidak boleh tutup kepala, muka dan tapak tangan. Rambut, janggut tidak boleh disapu minyak, tidak boleh menanggalkan bulu dan rambut, memotong kuku dan memakai pakaian bersarung yang ber jahit- khususnya bagi lelaki.

Friday, 24 January 2014


 
 


Rasanya setiap orang tahu air masak merupakan kunci utama untuk hidup secara sihat. Minum lapan gelas air masak setiap hari dapat mencegah kita daripada terkena penyakit. Tapi kebiasaannya tekak kita pun boleh jemu jika minum air masak hampir setiap masa. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Jom kita lihat antaranya:


JUS OREN
Sapa yang tak kenal air ni kan? Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.


SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.

TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

Saturday, 18 January 2014





Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?


Thursday, 26 December 2013

Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram...must read...!!! Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan kekasih masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata... Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
"Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadis Riwayat ath-Thabrani)

Benarlah Hadis Nabi bersabda:
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah berfirman :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan"

DAH BACA SHARE

Wednesday, 25 December 2013




Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya anda disahkan oleh Pakar Perubatan bahawa anda mengidap KANSER, DARAH TINGGI ATAU KENCING MANIS atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penawarnya.

BERITA BAIK untuk pesakit KRONIK terutama pesakit kanser. Selalu apabila disahkan oleh Pakar Perubatan pada tahap ini, sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu berapa lama jangka hanyat pesakit itu boleh hidup.


SILA SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAU KAWAN-KAWAN TENTANG DAUN BELALAI GAJAH INI. INSYAALLAH ADA YANG SEMBUH SETELAH MENGAMALKANNYA.

Tahukah anda bahawa Teh Daun Belalai Gajah boleh merawat pelbagai penyakit KRONIK terutama KANSER jika diamalkan secara berterusan? Dengan izin Allah, Teh Daun Belalai Gajah mampu menjadi penawar kepada:

*kanser payudara
*kanser prostate
*kanser paru-paru
*kanser uterus
*darah tinggi
*asid urik tinggi
*kencing manis
*pesakit dialisis
*buah pinggang

Walaupun tidak terbukti secara saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh/ kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan makan/ minum daun belalai gajah ini.

Atas inisiatif pengeluar /penanam daun belalai gajah, mereka telah menghasilkan TEH DAUN BELALAI GAJAH yang dikatakan khasiatnya sama dengan memakan/ meminum Daun Belalai Gajah, malah apabila ia dihasilkan dalam bentuk TEH, ia akan tahan lama sehingga 3 tahun berbanding daun yang di petik hanya bertahan untuk dua minggu dan perlu diletakkan di dalam peti sejuk.

Teh Daun Belalai Gajah ini juga bagus untuk:

*menurunkan panas badan
*meredakan sakit
*radang paru-paru
*sakit jaundis
*hepatitis
*tulang patah
*anti kanser
*kencing manis
*darah tinggi
*sakit buah pinggang
*batu ginjal
*artritis
*reumatisme
*diabetis
*diuretic
*radang sakit pundi kencing

CARA HIDANGAN
Minum 1 uncang teh setiap hari. 1 uncang teh untuk secawan air panas (250ml). Rendam 1 uncang teh dalam air panas selama 5 minit dan sedia untuk diminum.

Isi kandungan 1 peket = 20 uncang.

-----------------------------

TESTIMONI
1. Seorang lelaki mempunyai masalah buah pinggang dan perlu dialisis. Satu hari dia pergi ke pusat dialisis untuk membersihkan darahnya. Doktor memberitahunya bahawa mereka tidak boleh membersihkan darahnya kerana darahnya tidak dapat mengalir mungkin kerana terlalu pekat. Selepas mengambil teh daun belalai gajah, bukan sahaja dia boleh menjalani dialisis tetapi sekarang dia hanya perlu menjalaninya dua kali dan bukan tiga kali seminggu.

2. Pada tahun 2008, Encik Lew Lian Hooi dari Taiping, Perak telah disahkan menghidap kanser tiroid peringkat 4. Kini beliau telah sembuh dari penyakit tersebut setelah mengamalkan daun belalai gajah segar.

3. Seorang wanita mempunyai tumor di payudara bersaiz telur ayam. Selepas sebulan mengamalkan daun belalai gajah segar, tumor mengecut menjadi saiz telur puyuh.

4. Seorang lelaki berumur 54 tahun mengidap kanser paru-paru tahap ke tiga. Telah menjalani rawatan kimo sebanyak 6 kali. Saiz ketumbuhan tumor sebelum amalkan daun belalai gajah adalah 29mm, 44mm, 76mm. Selepas 2 minggu amalkan daun belalai gajah ketumbuhan mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm.

5. Seorang wanita mengidap kanser uterus dengan saiz ketumbuhan 6cm dan dijadualkan untuk menjalani pembedahan. Setelah mengamalkan daun belalai gajah, ketumbuhan surut kepada 3.5cm. Doktor kata x perlu dibedah. Terus amalkan dan skrg ketumbuhan hilang.

6. Seorang wanita dari Kuala Lumpur mengidap kanser payudara dan paru-paru tahap 4. Telah membuang kedua2 payudara. Keadaannya amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV drip dan terbaring di katil hospital. Ahli keluarga memberi minum air daun belalai gajah menggunakan tube ke mulut. Selepas seminggu pesakit mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital. Pada hari ke 28 ketumbuhan telah susut dan hilang.

PERHATIAN
Semasa amalkan teh daun belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang untuk kesan terbaik. Elakkan ambil gula, makanan bergula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

BERMINAT? KOMEN 'SAYA NAK' ATAU SMS / WHATSAPP / VIBER 0194553252 UNTUK KETERANGAN LANJUT.