Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014



Dari Anas bahawa Nabi saw. bersabda, “Ada satu kaum yang akan keluar dari Neraka setelah dia dijilat oleh apinya, lalu setelah mereka masuk Syurga, para penghuni Syurga memanggil mereka Jahanamiyyun (bekas penghuni Jahanam)”. (HR. Bukhari)

Dari Imran bin Hashin bahawa Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”. (HR. Tirmidzi)

Disebut di dalam hadis dari Jabir, “...Setelah orang-orang yang mendapat syafaat dikeluarkan dari Neraka, Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi berfirman, “Akulah Allah !. Aku mengeluarkan mereka kerana Ilmu dan Rahmat Ku”. Allah kemudiannya mengeluarkan mereka dalam jumlah yang berlipat ganda dan pada leher mereka tertulis, ‘Orang-orang yang dimerdekakan oleh Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung’. Mereka kemudian dimasukkan kedalam Syurga dan disana mereka diberi nama al-Jahanamiyyun”.

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad alias Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Rawahah, dari al- Hafiz as- Salafi, dari al-Hajib alias Abu Hasan Ibnu Allaf, dari Abu Qasim bin Busyran, dari al-Ajiri alias Abu Bakar Muhammad ibnu Husin, dari Abu Ali al-Hasan bin Muhammad bin Syu’bah al-Anshari, dari Ali bin Muslim ath-Thusi, dari Marwan bin Mu’awiyah, dari Amr bin Rifi’ah ar-Rab’i, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya penghuni Neraka dia ada yang kekal penghuni Neraka dimana mereka itu tidak mati dan tidak juga hidup didalamnya. Juga terdapat penghuninya yang akan dikeluarkan darinya, iaitu ketika mereka jatuh kedalamnya lalu menjadi rentung. Setelah mendapat Izin (Iradah) Allah, mereka lalu dikeluarkan dan dilemparkan kedalam sungai kehidupan. Para penghuni Syurga lalu menyiramkan air kepada mereka, sehingga mereka tumbuh (hidup). Setelah mereka masuk Syurga dan mendapat panggilan Jahanamiyyun, mereka memohon kepada Allah Yang Maha Penyayang untuk menghilangkan sebutan itu. Allah kemudian mengkabulkan permintaan mereka, lalu mereka bergabung dengan penduduk Syurga terdahulu. Ada pun sebutan ‘orang-orang yang saling mencintai kerana Allah’ adalah sebutan yang mulia dan luhur. Oleh kerana itu orang-orang yang mendapat sebutan itu tidak memohon kepada Allah untuk menghapuskan serta menghilangkannya”. 

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari dalam kitabnya ‘Musnad al-Bazzari’, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw. bersabda, “Ada pun para penghuni Neraka yang memang menjadi penghuni tetapnya, mereka tidak mati dan juga tidak hidup didalamnya. Sedangkan orang-orang dikehendaki oleh Allah untuk dikeluarkan, mereka akan dimatikan terlebih dahulu oleh api Neraka, baru kemudian dikeluarkan darinya. Selanjutnya mereka akan dilemparkan ke dalam sungai kehidupan, Allah mengirimkan airnya kepada mereka sehingga mereka muncul seperti munculnya biji dalam endapan yang dibawa oleh aliran. Mereka lalu masuk Syurga dan diberi nama JAHANAMIYYUN atau bekas/mantan penduduk jahanam oleh para penghuni Syurga. Kemudian mereka memohon kepada Allah untuk dihilangkan sebutan itu dari mereka dan Allah pun mengabulkannya”.  



Wallahu 'alam.

Monday, 3 March 2014

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

*Sumber dari halimislam.blogspot.com

Tuesday, 25 February 2014

Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan sang pribadi mulia panutan alam?? Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekaaat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
Foto-foto ini semua adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Musim peninggalan Nabi di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah … Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …
a

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW)

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

KUNCI KA’BAH ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW


JEJAK-JEJAK KAKI NABI AGUNG, RASULULLAH SAW
a


BEBERAPA HELAI RAMBUT NABI MUHAMMAD SAW

PENINGGALAN GIGI DAN RAMBUT NABI MUHAMMAD SAW (Itu giginya jelas ya?)

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW
a




BERBAGAI PEDANG MILIK NABI SAW DENGAN NAMA-NAMANYA YANG DIPAKAI UNTUK MENEGAKKAN ISLAM, AGAMA ALLAH SWT DI MUKA BUMI.
a

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas

a
Busur Panah Nabi SAW
a

Bendera Rasululullah SAW

Koleksi Sorban-sorban Nabi Muhammad SAW

Satu yang diperbesar (dari dekat)
a

Topi Besi Rasuluallah SAW
a

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW





Sandal-sandal peninggalan Rasulullah SAW tercinta …

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke 7
a

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
a

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW



Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
a

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)
Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.


Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.



Telur Ular

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:




TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI


Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:


1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.


2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.




                     


Telur Ayam


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.




Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?




Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.


Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.


Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.


Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.


Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.


Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.


Rujukan:


1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.


2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.




sumber : halaqah

Monday, 24 February 2014


Cantik sungguh gambar ikan diatas kan?…seperti membuat bulatan, tetapi… andai anda melihat video di bawah ini, mungkin anda akan terkejut…
Saksikan!




Sunday, 23 February 2014


http://www.brotherrahman.net/wp-content/uploads/2012/10/Qareen-Hamzaad-Constant-Companion-Brotherrahman-net.jpg





Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat untuk membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.



Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.


Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
 
 

Friday, 21 February 2014



“Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.

Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.

Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa.

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.


Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!

Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.

Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.

Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?

“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.

Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.

Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.

Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.

Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.

“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.

Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.

Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.

Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.

“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.

Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.

Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.

Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.

Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.

Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.

‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.

Wednesday, 19 February 2014

Keajaiban alam, tidak banyak info dari sumber yang di perolehi tentang bagaimana hutan ini boleh tumbuh dalam lubang besar ini.Di katakan hutan ini berada di daerah Maghribi yang berada di bawah padang pasir.

Sungguh menakjubkan pohon-pohon ini dapat tumbuh subur hijau di kawasan terik seperti itu, terlebih hanya sedikit cahaya yang diperoleh untuk berproses tumbuh kerana di bawah tanah. Subhanallah!






Beliau merupakan antara tiga orang pertama yang ditugaskan oleh Hamas sebagai pejuang berani mati yang ditugaskan untuk meletupkan diri di Israel pada tahun 1990-an.

Beliau dan dua rakan yang lain telah berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Namun, pada suatu masa, mereka telah dikesan oleh pihak Israel dan mereka terus meletupkan diri.

Dua sahabat yang lain telah syahid, tetapi beliau cedera parah. Beliau berada di hospital Israel selama lebih 2 bulan. Selepas itu, beliau telah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah Israel.

Beliau telah diseksa oleh Israel laknatullah dengan pelbagai bentuk seksaan sehingga beliau mengatakan apa jenis seksaan yang kamu tahu, aku dah pernah mengalaminya.

Namun, dalam tahanan Israel beliau tidak mendedahkan apa-apa pun maklumat yang boleh menjejaskan Hamas. Apa yang keluar daripada mulut beliau hanyalah 'La ilahaillallah'.

Selepas diseksa dengan seksaan yang sangat melampau, beliau telah disahkan 'mati' oleh Israel dan dibawa balik ke Gaza untuk dikebumikan.

Namun, sebaik sahaja masuk ke dalam bumi Gaza, beliau hidup kembali dengan kuasa Allah. Maha Suci Allah, Allah yang berkuasa untuk mematikan seseorang serta menghidupkannnya kembali.

Beliau dirawat di hospital Gaza selama sebulan lebih. Beliau lumpuh separuh badan akibat letupan. Namun, semangatnya untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin tidak pernah luntur.

Beliau kini menjadi sumber semangat dan motivasi kepada tentera-tentera Hamas yang telah tercedera dalam perang menentang Israel.

Beliau merupakan contoh mujahid sejati yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis.

Semoga Allah memberkati perjuanganmu dan memberikan kepadamu sebaik-baik ganjaran.

* Gambar bersama beliau di Pusat Rawatan As-Salama, Gaza, Palestin.

Sumber: Syed Ahmad Ziman al-Hussaini Aman Palestin